Friday, August 13, 2010

Kek lapis Winter Sonata


Sumber: http://resepi.mesra.net (Wira)


Bahan-Bahan:
20 biji putih telur
16 oz. mentega
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara:
1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang
dan sebati.
3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu
digaul rata.
4. Kemudian itu masukkan tepung jagung,
tepung Hong Kong dan ovalette, gaulrata-rata.
5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul
hingga ia sebati.
Selepas itu,bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian
iaitu:
-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil
(dibahagi 2)

-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla
serta warna hijau muda

-bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai
masak, bila ia masak,lapiskan adunan II sebanyak
4 sudu makan
7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan
pula adunan III
sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak
8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan
masak untuk adunan II dan III
dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis
adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini,
bakarlah sampai ia masak dan teratur.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Aflah Kitchen © 2008 Business Ads Ready is Designed by Ipiet Supported by Tadpole's Notez